JADIKAN HANDPHONE ANDA SEBAGAI ASET YANG MEMBERIKAN PENDAPATAN BUKANNYA LIABILITI YANG MEMBEBANKAN

 


Daripada: Dosrin Motiun
Kota Kinabalu Sabah
014 - 8594 604

Salam sejahtera, handphone adalah satu alat yang sudah menjadi keperluan kepada setiap kita. Semua kita adalah pengguna handphone. Apabila kita menjadi pengguna handphone situasi yang kita hadapi ialah, kita terpaksa mengeluarkan sejumlah wang setiap bulan untuk membeli topup. Sudah pasti handphone adalah satu liabiliti yang sedikit sebanyak membebankan kita.

Beribu wang kita habiskan selama bertahun membeli topup dan jika ditanya pernahkah syarikat prabayar membayar kembali wang anda itu, jawapannya ialah ‘sama sekali tidak pernah’. Jika ada pun  hanya free call ataupun free sms. Boleh dikatakan sedikit sebanyak ianya merugikan kerana wang kita itu habis begitu sahaja tanpa mendapat apa-apa selain isi kredit yang kita beli itu.

Sebab itu, disini saya ingin memperkenalkan kepada anda simkad prepaid “TONE EXCEL” iaitu simkad revolusi yang akan menjadikan anda pengguna bijak yang sebijak-bijaknya kerana dengan simkad ini anda boleh menjadikan handphone anda sebagai sumber pendapatan seumur hidup.disamping menikmati pelbagai faedah yang sangat berbaloi malah diberikan secara percuma. Ya, pendek kata simkad Tone Excel bukan sekadar simkad tetapi ianya juga adalah perniagaan anda yang bernilai bilion ringgit apatah lagi ianya juga sangat mudah dijalankan, pasaran yang sangat luas, modal yang amat kecil dan boleh dijalankan secara part time mahupun full time.


APA ITU SIMKAD TONE EXCEL?


Simkad Tone Excel adalah simkad prepaid yang BERFUNGSI sama seperti mana-mana simkad yang ada dinegara kita. Ianya boleh membuat panggilan, menghantar sms, melayari internet mahupun membuat panggilan video. 

Tone Excel menggunakan SERVICE PROVIDER TuneTalk yang beroperasi secara MVNO(mobile virtual network operator) dengan kemudahan prasarana daripada Celcom. Dimana ada rangkaian Celcom disitu ada liputan rangkaian TuneTalk. Pendek kata ianya boleh dipakai diseluruh negara.


TOPUP Tone Excel menggunakan topup TuneTalk dan ianya boleh didapati dimana-mana kedai telekomunikasi yang menjual topup termasuk kedai 7Eleven, stesen-stesen minyak, melalui mesin ATM, online banking mahupun dikedai-kedai runcit. Anda hanya perlu sebut ‘topup TuneTalk’ apabila membelinya.

Antara lokasi untuk membeli topup TuneTalk

  • KADAR panggilan Tone Excel adalah 28sen seminit untuk kesemua rangkaian. 
  • Untuk SMS, kosnya adalah sebanyak RM10sen untuk setiap sms dan ianya juga untuk ke semua rangkaian.
  • Untuk DATA INTERNET, kosnya adalah RM38/1GB untuk sebulan.


KEISTIMEWAAN SIMKAD TONE EXCEL

Keistimewaa utama yang ada pada simkad Tone Excel sudah tentuialah kerana ianya boleh memberikan pendapatan pasif. 

Sebelum mengetahui bagaimana simkad ini memberikan anda pendapatan pasif mari kita lihat dahulu apakah antara keistimewaan dan faedah sampingan yang bakal anda nikmati. 

Apa yang pasti keistimewaan tersebut tidak akan anda temukan daripada mana-mana simkad yang ada dinegara kita lebih-lebih lagi ianya juga diberikan secara percuma.

Berikut adalah antara keistimewaan yang disediakan.

1. Boleh Kekal Nombor Sedia Ada (Port-In)
Keistimewaan pertama apabila anda mendaftar untuk menjadi subscriber Tone Excel ialah anda boleh memilih sama ada mengekalkan nombor sedia ada ataupun membuat nombor baru. Proses mengekalkan nombor lama ini dipanggil “port in” yang mana anda boleh memindahkan nombor/talian sedia ada sama ada Maxis, Celcom, Digi atau Umobile untuk menjadi line/talian Tone Excel.

Anda disarankan untuk port in supaya anda anda tidak terbeban untuk topup setiap simkad anda sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu simkad. Tujuan port in juga adalah untuk memudahkan urusan harian yang mana ahli keluarga atau rakan-rakan anda mudah untuk menghubungi anda dengan nombor yang sama anda gunakan.




Sebagai ganjaran apabila anda memilih untuk mengekalkan nombor sedia ada, anda berpeluang memenangi cabutan bertuah tahunan yang mana untuk tahun 2016 ini antara hadiah ditawarkan ialah tempat pertama BMW 3 Series, tempat kedua Kawasaki Superbike Vulcan S, dan tempat ketiga Yamaha Legenda 115Z selain hadiah wang tunai RM2000 sehingga RM5000 untuk pemenang tempat keempat sehingga kesepuluh.


Bukan itu sahaja, jika anda mengajak seseorang untuk menggunakan simkad Tone Excel dan orang itu juga memilih untuk mengekalkan nombor lama lalu namanya menjadi pemenang cabutan bertuah anda sebagai upline akan menerima durian runtuh dengan hadiah wang tunai RM1000 sehingga RM25000 seperti diperincikan dalam gambar.


2. Topup Cash Back - Setiap kali topup anda dibayar

Sendiri guna pun dapat duit...

Untuk pengetahuan anda Tone Excel adalah syarikat prabayar pertama dinegara kita yang membayar kembali penggunanya setiap kali penggunanya topup.

Pulangan yang diberikan adalah sebanyak 3% daripada nilai topup dengan syarat jumlah penggunaan topup adalah minima RM30 sebulan.

Pulangan lebih besar iaitu 7% diberikan jika anda melakukan auto topup melalui website Tone Excel dengan nilai minima RM50 sebulan.

Berikut adalah contoh pulangan topup yang anda perolehi setiap kali anda topup.



3. Perlindungan Insurans Kemalangan RM100K PERCUMA
Kelebihan yang ketiga ialah sebagai pengguna simkad Tone Excel, anda atau waris anda akan diberikan pampasan sebanyak RM100,000.00 oleh TuneInsurans sekiranya berlaku kemalangan yang mengakibatkan kecacatan kekal ataupun kematian.

Dengan  kelebihan ini sahaja sudah cukup dijadikan alasan mengapa anda perlu menjadi pengguna simkad Tone Excel kerana kebajikan anda juga diambil kira. Bayangkan jika anda mengalami kemalangan lalu mengalami kecacatan atau kehilangan nyawa bagaimana dengan isteri dan anak-anak anda? Lebih-lebih lagi jika anda tidak mempunyai apa-apa insurans sebelum maka sudah pasti pampasan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka meneruskan kehidupan.



Walaubagaimanapun insurans yang diberikan adalah konvensional yang mana bagi anda yang beragama Islam anda boleh sama ada mahu menerima insurans ini atau tidak kerana anda adalah terikat dengan syariah dan sila ambil perhatian bahawa untuk layak menuntut pampasan ini status insurans anda harus aktif pada waktu ketika berlaku kemalangan. Untuk memastikan ianya aktif, anda hanya perlu topup simkad Tone Excel anda sebanyak RM50 sebulan.

Untuk lebih lanjut anda boleh melihatnya melalui website TuneTalk. Klik link berikut. https://www.tunetalk.com/my/Aboutus/whyTTPAinsuranscheck


4. Mata Ganjaran Setiap Kali Topup

Kelebihan yang keempat ialah setiap kali anda topup, anda akan mendapat Big Point daripada AirAsia yang kemudiannya boleh ditukarkan kepada macam-macam. Point ini tidak ada tarikh luput dan boleh diperiksa dengan mendail *133#

Lihat gambar dibawah untuk nilai point yang anda perolehi setiap kali anda topup.


Apabila point anda mencukupi ianya boleh ditukarkan kepada:

Tiket penerbangan AirAsia, diskaun penginapan sebanyak 30% di TuneHotel, ditukarkan kepada kredit panggilan, ditukarkan kepada tiket konsert/wayang, ditukarkan kepada smartphone, jam tangan dan banyak lagi.



Contoh nilai point anda perlukan untuk mendapatkan tiket AirAsia Percuma

Untuk cara menebusnya anda boleh menghubungi hotline TuneTalk di talian 010 500 1333


5. Promosi Topup – Ganjaran Kredit Panggilan dan Internet PERCUMA

Bagi anda yang gemar berinternet sememangnya simkad Tone Excel ini sesuai untuk anda kerana anda hanya perlu topup amaun tertentu untuk menikmati internet percuma dan panggilan percuma.

Ya, ini bermakna anda dapat menjimatkan kredit dan wang anda kerana anda tidak perlu untuk melanggan internet ataupun berulangkali membeli topup dalam sebulan. Anda boleh kumpul sahaja kredit anda itu dan gunakan hanya apabila perlu.

Gambar dibawah adalah tawaran promosi topup untuk anda.



Yang lebih hebat, jika anda topup sekaligus RM60 melalui Tone Group atau melalui aplikasi TuneTalk anda akan diberikan Free internet sebanyak 2.5GB dan unlimited Free Call ke semua rangkaian. Ya anda boleh bergayut siang malam tanpa perlu risau kredit anda habis.




6. Menyertai Pertandingan Hebat
Di Tone Excel terdapat pelbagai peraduan yang diadakan secara bulanan dan tahunan. Antara peraduan tersebut ialah Peraduan Port In(kekal nombor lama), Peraduan Top Sponsor, Peraduan Top Topup dan Peraduan Pembeli Simkad Terbanyak.

Pertandingan-petandingan ini diadakan untuk menggalakan ahli-ahli Tone Excel supaya terus memperkenalkan simkad Tone Excel kepada orang ramai.

Yang menariknya ada diantara peraduan ini menawarkan hadiah lumayan seperti kereta mewah, motorsikal berkuasa tinggi, smartphone canggih, pakej pelancongan percuma ke luar negara, pakej umrah dan juga wang tunai beribu ringgit.

Percutian ahli-ahli Tone Excel di Australia pada tahun 2013
Layari www.toneexcel.com untuk lebih lanjut.



7. Peluang Perniagaan – Menjadikan Handphone Sebagai Aset Yang Memberikan Pendapatan
Keistimewaan yang paling utama meskipun tidak menyebutnya awal-awal ialah kerana adanya peluang perniagaan yang membolehkan anda menjana pendapatan pasif yang lumayan dengan sangat mudah.

Peluang perniagaan yang dimaksudkan ialah anda sebagai pengguna boleh mengedarkan simkad Tone Excel secara komersial dan terbuka dengan itu anda akan dibayar oleh syarikat sebagai ganjaran atas usaha anda membantu syarikat mengembangkan perniagaan.


BAGAIMANA SIMKAD TONE EXCEL MEMBERIKAN PENDAPATAN


Syarikat prabayar Tone Excel menggunakan pelan pemasaran rangkaian dalam usaha memperkenalkan simkad Tone Excel kepada orang ramai. Pengguna adalah sekaligus agen yang boleh mengedarkan simkad Tone Excel kepada siapa sahaja.

Selari dengan visi dan misi Tone Excel untuk membantu setiap rakyat Malaysia menghadapi kenaikan kos sara hidup, Tone Excel telah menyediakan paltform yang berpotensi besar melalui industri telekomunikasi yang sememangnya bernilai bilion ringgit.

Apa yang perlu dilakukan oleh ahli ialah hanya mengajak seberapa ramai orang untuk menjadi pengguna simkad Tone Excel maka dengan itu mereka akan menikmati pelan pendapatan seperti berikut:

1. Pendapatan yang pertama ialah FAST TRACK BONUS

Fast Track Bonus atau lebih dikenali sebagai Bonus Penajaan ini boleh dianggap sebagai upah anda mengajak pengguna baru yang mana syarikat akan membayar anda sebanyak RM20 untuk SETIAP SEORANG yang berjaya anda ajak. Untuk bonus ini, anda boleh mendaftarkan seberapa ramai yang mampu ianya tidak ada limit.

Contoh pendapatan anda untuk Fast Track Bonus ini adalah seperti berikut:

Jika anda mendaftarkan seramai 10 orang anda akan mendapat RM200. Jika anda mendaftarkan 100 orang anda akan mendapat RM2000. Jika anda mendaftarkan 1000 anda akan mendapat RM20,000. Pengiraannya ialah, (RM20 x bilangan orang yang anda daftarkan)

2. Pendapatan yang kedua ialah KOMISYEN TOPUP

Anda akan mendapat komisyen SETIAP KALI mereka yang berada dalam RANGKAIAN anda topup simkad Tone Excel mereka. Setiap kali maksudnya tidak kira berapa pun mereka topup, bila pun mereka topup, atau dimana sekali pun mereka topup maka anda akan mendapat komisyen daripada mereka.

Ya inilah pendapatan terbesar yang akan anda perolehi kerana ianya akan berterusan selagi ahli dalam rangkaian anda topup simkad Tone Excel mereka. Jika mereka menggunakan simkad Tone Excel selama 10 tahun maka 10 tahun juga anda akan menikmati komisyen. Jika mereka menggunakan untuk  seumur umur mereka maka selama itu juga anda dibayar oleh syarikat.

Pendapatan komisyen ini dikumpul dan akan dimasukkan ke akaun bank anda pada setiap 21hb dengan syarat anda sendiri topup simkad Tone Excel anda sekurang-kurangnya RM20 setiap bulan.

Kadar komisen yang anda perolehi adalah ditentukan oleh jumlah penggunaan topup anda dalam sebulan seperti berikut:

A. Jika anda topup RM20 sehingga RM59,
- level 1 = 6%
- level 2 = 3%
- level 3 = 11%
B. Jika anda topup RM60 dan keatas,
- level 1 = 10%
- level 2 = 3%
- level 3 = 13%

Contoh pendapatan anda adalah seperti dalam gambar dibawah.


PENERANGAN!
Setiap mereka yang anda daftarkan atau menyertai melalui anda adalah dipanggil sebagai LEVEL-1. Apabila level-1 anda mendaftarkan pengguna baru, orang mereka itu adalah LEVEL-2 anda. Begitulah seterusnya apabila level-2 anda pula mendaftarkan pengguna baru, orang tersebut adalah LEVEL-3 anda.  Kesemua mereka ini adalah GENEOLOGY anda yang mana daripada mereka inilah anda akan mendapat komisyen topup setiap kali mereka topup simkad Tone Excel mereka. 

Katakan anda mendaftarkan seramai 10 orang dibawah anda dan setiap 10 orang itu juga masing-masing mendaftarkan seramai 10 orang maka ahli di level 2 anda adalah seramai 100 orang. Begitulah seterusnya apabila 100 orang dilevel 2 anda juga masing-masing mendaftarkan seramai 10 orang maka level 3 anda akan menjadi 1000 orang.

Jika anda dan setiap ahli dalam rangkaian anda topup sebanyak RM30 sebulan maka,

10 orang x RM30=RM300 x 6 ÷ 100 = RM18.00
100 orang x RM30=RM300 x 3 ÷ 100 = RM90.00
1000 orang x RM30=RM300 x 11 ÷ 100 = RM3300.00

Maka jumlah keseluruhan pendapatan anda adalah sebanyak RM3408.00 sebulan.

Untuk pengiraan pendapatan dengan penggunaan topup RM60 keatas anda boleh lakukannya sendiri.
Pendapatan bulanan anda ini bergantung sepenuhnya kepada aktiviti penajaan anda. Semakin ramai downline anda, semakin tinggi komisyen anda. Semakin tinggi topup anda dan downline anda semakin tinggi juga pendapatan komisyen anda.

3. Pendapatan yang ketiga ialah BONUS TAHUNAN

Bonus tahunan diberikan berdasarkan jumlah tajaan anda setiap bulan. Ianya diperincikan seperti dalam gambar dibawah. Anda wajib membuat tajaan setiap bulan sekiranya mahu menerima bonus yang banyak pada awal tahun.







No comments:

Post a Comment